Pernah tak rasa susahnya nak mentafsir adakah sesuatu perkara
yang berlaku itu baik atau tidak..
Saya sedang merasainya sekarang..
hampir dua hari hati ini berbolak balik mentafsirkan
apakah sebenarnya Allah SWT sedang tunjukkan kepada saya..
kadang-kadang Allah SWT akan menguji kita dengan perkara yang
sering kali kita pohon di dalam doa kitakan..
Benarlah apa yang dibicarakan di dalam hadis ini :
Dari An Nawas bin Sam'an radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Kebajikan itu keluhuran akhlaq sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya ". (HR.Muslim)
dan dosa itu telah membuatkan saya merasai resahnya..
dari semalam saya tidak lena tidur..
walau kemaafan telah dihulurkan kepada dia yang saya telah terbuat salah..
tapi jiwa ini still rasa tidak tenteram..
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"-Ar Ra'du:28
"Apakah sebenarnya telah berlaku ini ya Allah"
bingung mencari penyelesaian atas masalah yang berlaku..
tetapi atas keyakinan dan kepercayaan yang setiap ujian dariNYA
pasti ada hikmah yang tersembunyi..
saya perlukan seseorang untuk luahkan perasaan dan masalah saya
saya luahkan kepada seorang sahabat ini.
terasa lega namun dia pesan jangan putus doa
sebab kita masih tidak nampak rahsia di sebalik ujian yang Allah
berikan..
"yup..jangan putus doa..doakan senjata orang mukmin..mohonku dalam hati"
malam tadi..ketika hendak ke usrah..
Allah berikan jawapan atas doa saya..
saya ternampak dia di sebuah kedai makan..
dan ketika itu..
saya dah dapat jawapan apa sebenarnya Allah nak
tunjukkan kepada saya..
terasa sangat
ketika saya terjumpa dengannya..
memang benar dia..
dia yang Allah datangkan sebagai ujian buat saya
dan ujian itu telah ditunjuk hikmahnya
Allah berikan jawapan direct atas apa yang saya minta..
terima kasih Allah..sangat cepat jawapan yang ENGKAU berikan..
dan pengisian usrah malam tadi
membuatkan saya terfikir panjang..
Hadis 135..Abu Umamah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda :
"Selama hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan
mengerjakan solat-solat sunat, sehingga Aku mencintainya. Maka jadikah Aku
pendengaran yang ia dengar dengannya dan penglihatan yang ia melihat dengannya,
dan lidah yang ia berbicara dengannya dan hati yang ia berfikir denganya.
Apabila ia memohonKu niscaya Aku kabulkannya. Dan apabila ia meminta
pertolonganKu, niscaya Aku memberinya pertolongan. Dan sebaik-baik ibadat yang
dibuat oleh hambaKu ialah memberi nasihat kerana Aku"
(Riwayat Thabarani)
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa
mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum
diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
dan ujian itulah yang membuatkan kita kuat dan berhati-hati
dalam melihat kehidupan ini.
"close"lah dengan DIA pasti DIA akan bersama kita
dalam apa jua keadaan yang kita hadapi....
Kata-kata indah Imam Nawawi : "Aku menyintaimu kerana
agama yang ada padamu, jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu hilanglah CINTAku
padamu".
buat dia sahabatku..
Allah sedang mengujimu dan mengujiku..
tentang Islam dan sabar..
tentang ujian yang penuh hikmah disebaliknya..
mohon agar aku kuat untuk mengembalikan kamu kefikrah yang
sebenarnya..
agar aku kuat menjelaskan mana yg benar mana yg tidak
agar aku kuat untuk menegurmu mana yang dosa, mana yang
pahala
niatku tiada lain kerana aku sayangkan kamu kerana Allah
agar kita dapat berjiran di SANA nanti..
insyaALLAH
~mohon doanya dan bantuan drNYA atas usaha ini..~
0 ulasan:
Post a Comment